Archive for September, 2007|Monthly archive page

Fotografi sebagai Hobi

Sejak di bangku persekolahan lagi saya begitu meminati bidang fotografi. Kamera pertama yang saya miliki ialah kamera Kodak 110mm (kamera lonjong menggunakan filem saiz 110) yang saya perolehi sebagai hadiah kepada set makanan “Snack Plate” KFC 20 tahun lepas (1987).

Lebih kurang macam ni bentuk kamera Kodak 110mm saya tu, cuma warna kamera saya kuning.

Kodak 110mm

Sebelum itu, ada juga kamera “pinjam” yang saya guna untuk “menangkap” gambar, tapi tidak seseronok menggunakan kamera milik sendiri. Dapat saja kamera tersebut, ke hulu ke hilir saya cuba shoot gambar. Dari gambar sekitar bandar Kuantan, sehinggalah gambar bunga di sekolah.

Ada sekali tu, kelas saya adakan picnic di pantai Beserah sebelum peperiksaan SRP. Saya tak lepas peluang untuk ambil gambar seberapa banyak yang boleh menggunakan kamera tersebut. Siap boleh jual lagi pada kawan-kawan walaupun kualiti gambar tidak memberangsangkan 🙂

Masuk ke Universiti, saya tiada kamera. Kadang-kadang pinjam kamera abang saya jika dia tidak menggunakan, selebihnya pinjam kamera kawan. Bila tengok ada kelab Fotografi di kampus, saya gigit jari saja, sebab tak mampu nak beli kamera untuk digunakan sebagai bahan untuk belajar. Jadi terkubur seketika minat fotografi, cuma ambik gambar sekali sekala tu diteruskan tapi tidak secara serius.

Bila dah mula bekerja, saya mula menyimpan sedikit. Kebetulan ada satu tugasan ke luar negara. Syarikat berikan sedikit wang “advance” untuk perbelanjaan di sana. Jadi saya simpan sedikit wang tersebut, konon-konon nak dapatkan sebuah kamera. Tapi tak sempat beli sebelum ke luar negara, saya beli bila dah balik ke Malaysia. Ingat lagi waktu tu, beli di Pertama Kompleks, kedai di tingkat tiga. Kamera “point and shoot” Yashica beharga RM550.00. Yang bengangnya, bila turun ke ground floor, gatal mulut tanya dekat satu kedai di situ, belum ditawar lagi dah dapat RM500!.

Sejak dapat kamera ni, banyak jugalah saya dapat tangkap gambar. Tapi hasilnya masih tidak memberangsangkan. Ya lah, kamera point and shoot, memang ala kadar saja hasilnya. Tapi kalau betul teknik dan cara komposisi subjek, boleh tahan juga gambarnya.

Masa berlalu, menjelang tahun 2002, saya ikut isteri saya sambung belajar ke England. Waktu ni tak bawak kamera, tapi ada kamera video digital Sony. Ada juga sebijik digital pencam bersaiz sebatang Pen, hasil gambarnya bak kata orang sekarang – hampeh!. Takut terlepas saat-saat menarik di negara orang, saya beli juga sebuah kamera terpakai dari eBay UK berharga lebih kurang RM150 duit kita. Jenama Pentax. Ada lagi sampai sekarang, adik saya yang pakai. Hasil gambarnya boleh tahan, fungsi zoom dan lain-lain masih baik. Jadi ke hulu ke hilir bila ada event atau aktiviti jalan-jalan saya akan bawak kamera ni bersama videocam saya.

Bila lagi lama pakai, lagi saya rasa macam nak improve lagi kualiti gambar, saya ‘bid’ pula kamera Canon EPOCA (di Malaysia kod dia Bazooka). Kamera ni bentuk dia bulat memanjang macam meriam atau pokok periuk kera. Flash dia terkatup macam penutup bekas air, bila dibuka akan terangkat ke atas. Design memang canggih dan kalau bawak ke mana-mana orang mesti tertarik dengan design dia. Gambarnya pun memang cantik, mungkin lens yang digunakan berkualiti. Dibandingkan dengan kamera Pentax yang saya beli lebih awal, hasilnya 20% lebih baik. Jadi saya masih tak puas hati hehehehe..

Kumpul lagi duit, saya ‘bid’ lagi untuk beli kamera Canon SLR EOS 500. Dapat juga saya sebuah kamera SLR dengan lens standard. Memang tak syak lagi, bila saya proses gambar yang diambil dari kamera ni, tersenyum lebar melihat hasilnya. Sharp, Clear dan menarik untuk dilihat berulang kali. Itu yang saya mahu. Bila dah dapat yang baru, yang dua lagi tu (Pentax & Canon Epoca) tersimpan dalam almari 🙂

Balik ke Malaysia, saya masih gunakan EOS 500 tersebut sampailah tahun 2005. Waktu tu, digital camera SLR sudah banyak di pasaran. Tapi harganya macam nak beli anak harimau. Kebetulan saya dapat offer menarik dari seorang kawan yang memerlukan duit. Dia nak jual kamera SLR Konica-Minolta Dynax 7D berharga RM1,000 beserta 50mm/f1.7 lens. Memang berbaloi!. tak dapat harga tu di mana-mana. Banyak betul saya ambil gambar guna 7D ni. Dekat 8GBytes saiz folder simpanan gambar yang telah saya ambil. Kebanyakan gambar aktiviti kumpulan motorsikal saya. Event terakhir sewaktu Annual Ride ke Pantai Pangkalan Balak, Melaka.

Pantai Pangkalan Balak, Melaka

Ride balik ke KL dari Melaka

Bulan lepas, riwayat shutter dan CCD 7D saya tamat. Kalau nak baiki, saya kena sediakan RM2,200 untuk kos alat ganti dan upah. Huh!, terus tak jadi baiki dan simpan saja kamera tu dalam beg. Minggu lepas, saya dah tak tahan takde kamera di tangan, jumpa satu iklan di Internet. Ada sebuah kamera Canon A540 (point and shoot) untuk dijual. Memandangkan bajet nak beli DSLR baru belum cukup, pakai yang ini dulu lah.

Kat bawah ni shot terkini yang saya ambil waktu singgah di Tasik Titiwangsa hari ahad lepas. Tak secanggih shot dari DLSR, tapi bolehlah…

Eye on Malaysia

Akmal and KLCC painting

Bila ada cukup bajet, rasanya saya nak sambar Sony alpha 700 yang baru tu. Hehehe tapi harga dia cecah RM5000 untuk body saja. Adui la..

Advertisements

Selamat Menyambut Ramadhan 2007

Assalamualaikum buat semua muslimin muslimat rakan-rakan Netters

Esok (Khamis, 13 September 2007) bermulalah bulan yang sangat-sangat dinantikan oleh seluruh umat Islam iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh barakah. Bulan di mana ditutup pintu-pintu neraka. Dirantai Iblis. Dibukakan pintu syurga. Bulan di mana ada satu malam yang jika kita dapat beramal pada malam tersebut, ganjaran pahalanya umpama 1000 bulan. Itulah dia malam al-Qadar.

Setiap tahun, apabila munculnya ramadhan, kita pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi masjid dan surau bagi mengerjakan solat sunat tarawih berjemaah. Natijahnya, kehadiran ramadhan dapat menggamit masyarakat muslim agar berebut-rebut menghayati fadhilat Ramadhan berserta ganjaran yang dijanjikan Allah swt.

Amalan seperti bertadarus, solat sunat, berzikir, bersedekah dan pelbagai lagi amalan makruf lain dapat menambah “saham” kita untuk ke akhirat kelak. Di samping itu, bulan Ramadhan adalah saat di mana kesabaran dan keikhlasan beramal kita akan diuji Allah swt. kerana puasa Ramadhan penilaiannya adalah terus kepada Allah swt.

Bersama-samalah kita menghayati kehadiran Ramadhan al-mubarak ini dengan sikap yang jelas untuk merebut ganjaran pahala berlipat ganda yang dijanjikan. Hatta membaca 1 huruf dari al-Quran pun telah mendapat 10 pahala, apatah lagi kalau kita dapat khatam 30 juzuk al-Quran. Subhanallah, maha suci Allah, Tuhan sekelian alam.

Selamat menyambut Ramadhan dan menghidupkan malam-malamnya dengan amalan sunat yang ikhlas dan khusyuk.

Rumah Baru

Kerap sangat berpindah randah. Last sekali pindah lepas berjaya setup home webserver setahun lepas. Stop semua aktiviti blogging di laman blog luar. Terus blog dari rumah saja. Peace of mind.

Tapi lepas ‘bencana alam’ bulan lepas, hard disk ‘kong’ dan dah malas nak recover lost files, especially those pictures taken with my Dynax 7D (dekat 8 gigabytes) semua gone!. Ada jugak run freeware tool untuk recover, tapi dia bantai longgok satu folder. Jenuh la pulak nak susun balik.

Kadang2 teringin jugak nak taip-taip apa yang terasa nak taip. Since dah guna wordpress masa setup blog kat server rumah dulu, I think I like to stick to wordpress jugak. So kita gunalah yang orang dah nak bagi free nih. Takyah pening2 nak hosting sendiri lagi heheheh.

Oh by the way. Apa kebendenya Klues nih?. Sebenarnya merujuk kepada motosikal saya. Kawasaki KLE 500. Since dia warna biru (Blue), jadi nickname dia ialah Blue KLE – disingkatkan jadi KLuEs (s tu saja je hehehe).

Ni ha wajah pudar KLuEs baru balik berjalan Ahad lepas.

my KLuEs

Jumpa lagi di lain kesempatan